Waktu perkhidmatan JPD pada Ramadan

Waktu perkhidmatan JPD pada Ramadan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) bahawa kaunter-kaunter perkhidmatan JPD pada sepanjang bulan Ramadan 1437 Hijrah / 2016 Masihi akan beroperasi pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu pada pukul 8:15 pagi hingga pukul 12:30 tengah hari.

Kaunter-kaunter perkhidmatan berkenaan termasuk Ibu Pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong, Kompleks Latihan dan Ujian Memandu, Litar JPD, Sungai Akar; cawangan-cawangan JPD di Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong; Pusat Pemeriksaan Kenderaan di Ibu Pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong; serta Pusat Pemeriksaan Kenderaan di cawangan-cawangan JPD di Daerah Tutong, Temburong, dan Belait.

Sementara itu, pada hari Ahad dan hari-hari kelepasan awam, perkhidmatan berkenaan akan ditutup.

JPD dalam kenyataannya hari ini turut memaklumkan bahawa waktu perkhidmatan pada Jumaat di Ibu Pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong bagi permohonan Membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan (Road Tax) serta Penggantian Lesen Kenderaan Pudar akan bermula dari pukul 8:15 hingga 11 pagi.

Manakala itu, pemeriksaan kenderaan di Ibu Pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong akan beroperasi pada Jumaat minggu pertama dan terakhir setiap bulan, bermula pukul 8:15 pagi hingga 10:30 pagi.

Bagi cawangan JPD Daerah Tutong dan Daerah Belait bagi perkhidmatan-perkhidmatan Membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan serta penggantian lesen kenderaan pudar adalah pada Jumaat minggu pertama dan terakhir setiap bulan, bermula pukul 8:15 pagi hingga 11 pagi. Pemeriksaan kenderaan di cawangan JPD Daerah Tutong dan Daerah Belait pula hanya pada Jumaat minggu pertama dan terakhir setiap bulan, dari pukul 8:15 pagi hingga 10:30 pagi.

Pada Ahad dan hari-hari kelepasan awam, perkhidmatan berkenaan akan ditutup.

Manakala itu, bagi Kompleks Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar dan Cawangan JPD Daerah Temburong bagi perkhidmatan-perkhidmatan Membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan, penggantian lesen kenderaan pudar serta pemeriksaan kenderaan ia adalah ditutup pada Jumaat.

 

ARTIKEL YANG SAMA