Waktu perkhidmatan pergigian musim cuti sekolah

Waktu perkhidmatan pergigian musim cuti sekolah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai bahawa waktu Perkhidmatan Pergigian Kesihatan Mulut Asasi bagi Pesakit Kanak-kanak semasa cuti persekolahan bermula hari ini (27 Jun) sehingga 9 Julai 2016 bersamaan dengan 21 Ramadan sehingga 4 Syawal 1437H, kecuali pada hari Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, tempat pendaftaran bagi perkhidmatan pergigian tersebut ialah di Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara, Lapangan Terbang Lama, Berakas, dengan waktu pendaftaran bagi perkhidmatan pesakit kanak-kanak bermula dari jam 7:45 pagi hingga 10 pagi dan dari jam 1:30 petang hingga 3 petang bagi hari biasa dan pada bulan Ramadan bermula dari jam 8 pagi hingga 11 pagi.

Pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan lanjut dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan.

Pada musim cuti persekolahan ini juga, perkhidmatan pergigian di pusat-pusat kesihatan dan klinik kesihatan bagi pesakit kanak-kanak dibuka seperti biasa.

ARTIKEL YANG SAMA