Waktu perkhidmatan pergigian musim cuti sekolah

Waktu perkhidmatan pergigian musim cuti sekolah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, semalam, memaklumkan orang ramai bahawa waktu perkhidmatan pergigian bagi pesakit kanak-kanak semasa cuti persekolahan penggal III 2015 bermula 1 Disember hingga 31 Disember kecuali Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam.

Menurut kenyataan itu, tempat pendaftaran bagi perkhidmatan pergigian berkenaan di Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara, Lapangan Terbang Lama, Berakas, dengan waktu pendaftaran bagi perkhidmatan bagi pesakit kanak-kanak bermula dari pukul 7:45 pagi hingga 10 pagi dan dari pukul 1:30 petang hingga 3 petang.

Bagi pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan lanjut, mereka dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan.

Pada musim cuti persekolahan itu juga, perkhidmatan pergigian di pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik kesihatan bagi pesakit kanak-kanak dibuka seperti biasa.

ARTIKEL YANG SAMA