Waktu perkhidmatan pergigian semasa cuti sekolah

Waktu perkhidmatan pergigian semasa cuti sekolah

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai mengenai waktu Perkhidmatan Pergigian Bagi Pesakit Kanak-kanak semasa cuti persekolahan Penggal II 2015, dari 11 hingga 23 Julai (kecuali hari Jumaat dan Ahad, serta hari kelepasan awam).

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, waktu pendaftaran di Tingkat 1, Block A, Pusat Pergigian Negara Lapangan Terbang Lama, Berakas, semasa bulan Ramadan adalah dari 8:00 pagi hingga 11:00 pagi, sementara itu pada hari biasa ia dibuka dari 7.45 pagi hingga 10.00 pagi dan 1.30 petang hingga 3.00 petang.

Bagi pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan lanjut, dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan.

Pada musim cuti persekolahan ini juga, Perkhidmatan Pergigian di pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik kesihatan bagi pesakit kanak-kanak dibuka seperti biasa.

ARTIKEL YANG SAMA