Waktu persekolahan bulan Ramadan

Waktu persekolahan bulan Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Dengan kedatangan bulan Ramadan, Kementerian Pendidikan telah memaklumkan waktu-waktu persekolahan semasa bulan Ramadan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah/maktab-maktab di seluruh negara bagi tahun 1437H/2016M

Bagi sekolah-sekolah rendah, waktu persekolahan sesi pagi bermula 7:45 pagi hingga 11:40 pagi dan sesi petang dari 12 tengah hari hingga 3:55 petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi.

Manakala itu, bagi sekolah-sekolah mene-ngah/maktab, waktu pagi bermula pukul 7:30 pagi hingga 11:50 pagi dan 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya, hari ini, turut memaklumkan bahawa semua pelajar termasuk prasekolah di sekolah-sekolah rendah akan bersekolah semasa hari-hari persekolahan pada bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar prasekolah akan diberikan kelonggaran waktu belajar mengikut budi bicara sekolah masing-masing.

 

ARTIKEL YANG SAMA