Waktu persekolahan dikurangkan

Waktu persekolahan dikurangkan

PHNOM PENH, 3 Mei (Xinhua) – Kemboja telah mengurangkan waktu persekolahan dengan satu jam bagi membantu pelajar mengelakkan suhu puncak, mengikut peraturan yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Hang Chuon Naron semalam.

Peraturan baru itu mengurangkan 30 minit pada akhir kelas sesi pagi dan 30 minit pada awal kelas sesi petang.

Menteri itu juga menasihatkan guru-guru agar memberitahu pelajar-pelajar mereka untuk minum air bersih dan tidak bermain di bawah cahaya matahari apabila suhu di beberapa bahagian negara itu mencapai setinggi 42 atau 43 darjah Celsius.

“Langkah-langkah itu bertujuan untuk melindungi pelajar, terutamanya murid-murid, dari mana-mana risiko atau penyakit yang boleh timbul daripada suhu panas,” katanya.

Pelajar sekolah perempuan Kemboja menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari sekolah berhampiran Phnom Penh, Kemboja, Isnin lalu. – AP
Pelajar sekolah perempuan Kemboja menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari sekolah berhampiran Phnom Penh, Kemboja, Isnin lalu. – AP

Menurut menteri itu, potongan waktu sekolah akan kekal sehingga musim hujan bermula.

Perdana Menteri Hun Sen berkata Khamis minggu lalu bahawa negara Asia Tenggara telah dipukul teruk oleh kemarau dalam tempoh 40 tahun dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan, angkatan tentera, dan kakitangan awam untuk mengagihkan air kepada penduduk kampung yang dilanda kemarau.

Keo Vy, jurucakap Pusat Pengurusan Bencana Nasional, telah berkata bahawa kemarau telah menyebabkan kekurangan air yang teruk di beberapa 18 daripada 25 bandar dan wilayah negara itu serta memberi impak kepada ratusan ribu orang. Menurut jurucakap itu, kemarau dijangka berterusan sehingga bulan Julai disebabkan oleh kesan El Nino.

ARTIKEL YANG SAMA