Walcott dan Cazorla sambung kontrak Arsenal

Walcott dan Cazorla sambung kontrak Arsenal

LONDON, 2 Ogos (Reuters) – Penyerang England, Theo Walcott dan perancang Sepanyol, Santi Cazorla sudah menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Walcott yang menjaringkan 76 gol menerusi 302 penampilan sejak menyertai skuad The Gunners daripada Southampton pada 2006, mengikat kontrak untuk tempoh empat tahun lagi.

Cazorla, 30, berpindah daripada Malaga pada 2012, sudah membuat 148 penampilan bersama Arsenal dan menjaringkan 27 gol.

“Kami gembira dapat menyambung kontrak Santi dan Theo. Kedua-duanya adalah pemain berkualiti yang memainkan peranan penting dan berpengaruh kepada skuad,” kata pengendali pasukan, Arsene Wenger menerusi laman web kelab itu.

Arsenal yang juga pemenang Piala FA akan menentang juara EPL, Chelsea dalam aksi Piala Perisai Komuniti di Stadium Wembley pada Ahad ini.

ARTIKEL YANG SAMA