Walcott suntik semangat Gunner

Walcott suntik semangat Gunner

LONDON, 27 Sept – Bila Arsenal dan England sudah tawar hati, Theo Walcott sampai di persimpangan pada akhir musim lalu dan reaksi tegas beliau ambil dilihat sebagai respons untuk menyelamatkan kerjaya yang sedang terancam.

Walcott hanya beraksi dalam satu daripada 14 aksi terakhir Arsenal musim lalu dan hilang tempat dalam skuad England Roy Hodgson pada kempen yang berakhir dengan kehancuran sehingga impian pemain sayap itu untuk mengukuhkan dirinya sebagai tokoh utama kelab atau negara juga kelihatan musnah.

Sebulan menjelang aksi kumpulan Liga Juara-Juara menentang kelab Basel dari Switzerland, beliau bangkit semula sebagai salah seorang pemain utama Arsenal terima kasih kepada usaha penebusannya pada musim panas yang lalu.

Pada usia 27 tahun, Walcott sepatutnya berada pada puncak kerjaya tetapi entah bagaimana pemain yang mantap dan gagal memberikan penyudah menarik itu kini mendapati dirinya terpacak di pinggiran kerjaya yang pernah menjanjikan beliau seorang bintang global.

Walcott (kanan) dan Hector Bellerin (kiri) menjalani latihan di London Colney kelmarin sebagai persediaan untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Basel, esok. – AFP
Walcott (kanan) dan Hector Bellerin (kiri) menjalani latihan di London Colney kelmarin sebagai persediaan untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Basel, esok. – AFP

Walcott yang berhadapan kemungkinan dijual oleh Arsenal dan dilupakan oleh England, memutuskan meletakkan asas untuk kebangkitannya pada pertemuan penting, baru-baru ini.

Dia duduk bersama Arsene Wenger dan leftenannya Steve Bould untuk berusaha kembali ke landasan yang betul dan nasihat yang diterimanya mudah dan tepat; bersedia untuk berhadapan kesukaran dari segi fizikal dan mental.

Walcott membulatkan tekad dan bekerja dengan pelatih peribadi sepanjang musim cuti untuk meningkatkan kecergasan dan kekuatannya walaupun pada hari cuti untuk kekal cergas sebelum musim bermula.

Sesi latihan melelahkan sehingga lupa keseronokan berjemur di bawah sinaran mentari di Miami, Dubai atau mana-mana taman permainan jutawan lain yang sering dikunjungi oleh rakan-rakannya, menggariskan komitmen Walcott dan Wenger untuk kekal cemerlang tetap utuh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA