Walcott tiup semangat Arsenal

Walcott tiup semangat Arsenal

LONDON, 19 Mei – Theo Walcott menggesa Arsenal untuk melengkapkan tempat mereka dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan dengan mengekalkan Sunderland dalam penyingkiran esok.

Pasukan Arsene Wenger itu pasti menyelamatkan tiga kedudukan teratas dalam Liga Perdana jika mereka berjaya menewaskan Black Cats di Stadium Emirates.

Walaupun seri sudah cukup untuk menjamin mereka berada di atas pasukan tangga keempat, Manchester United, yang masih ketinggalan dua mata di belakang Gunners dengan perbezaan jaringan dan baki satu perlawanan.

Ganjaran bagi menyudahkan tiga tangga teratas adalah kemasukan secara automatik dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, yang menghindarkan kesulitan untuk menyertai dua perlawanan playoff untuk layak bagi perlawanan itu awal musim depan.

Midfield Arsenal, Theo Walcott (kiri) terjatuh ketika bersaing dengan pertahanan Manchester United, Ty-ler Blackett dalam aksi Liga Perdana di Old Trafford, Manchester 17 Mei lalu. - AFP
Midfield Arsenal, Theo Walcott (kiri) terjatuh ketika bersaing dengan pertahanan Manchester United, Ty-ler Blackett dalam aksi Liga Perdana di Old Trafford, Manchester 17 Mei lalu. – AFP

Wenger mengakui mendapati pengalaman yang memeningkan pada masa lalu, tetapi pemain sayap Arsenal, Walcott, yang menjaringkan gol penyamaan dalam keputusan seri 1-1 menentang United di Old Trafford Ahad lalu, yakin pengurusnya tidak akan memerlukan sebarang ubat penahan sakit.

“Kami ada satu perlawanan dalam tangan berbanding United sekarang dan ia adalah mata penting (pada Ahad). Kmai hanya memerlukan satu mata kerana perbezaan jaringan,” kata Walcott.

Walcott membuat kejutan apabila mengakui sebahagian daripada pemain Arsenal kekurangan kepercayaan mereka berupaya untuk mengekalkan rentak bersama juara Chelsea musim ini.

Tetapi pemain antarabangsa England itu, yang bersaing untuk kembali ke barisan utama pada final Piala FA menentang Aston Villa selepas kempen yang dialami kecederaan, percaya Wenger menyusun skuad yang kuat untuk membuat tekanan serius bagi gelaran musim depan. – AFP