Waldorf juara Toshiba Classic

Waldorf juara Toshiba Classic

NEWPORT BEACH, California, 2 Nov (Agensi) – Duffy Waldorf memenangi Toshiba Classic semalam bagi gelaran Jelajah Juara-Juara pertamanya, dengan mencatatkan birdie pada lubang terakhir bagi 5 bawah 66 dan kemenangan dua strok. Sehari selepas menyamai rekod Newport Beach Country Club dengan 11 bawah 60, bekas pemain UCLA itu, 53, mencatatkan 10 birdie, lima bogey dan hanya tiga par dalam pusingan akhir.

“Jika anda mahu menggembirakan hari saya, birdie-bogey-birdie, walaupun saya tidak melakukannya dalam susunan tersebut, tetapi saya mencatatkan dua birdie berbanding satu bogey, saya rasa, sepanjang hari,” kata Waldorf. “Laluan yang lebih menggerunkan hari ini kerana semalam saya berada tepat dalam zon…hari ini saya gembira.”

Waldrof menamatkan pertandingan dengan rekod 20 bawah purata 193. Dia memperoleh AS$270,000 untuk melonjak dari tangga 30 ke 19 dalam senarai kewangan dengan AS$822, 896 dan dengan mudah layak bagi Kejohanan Piala Charles Schwab penamat musim. 30 pemain terbaik mara untuk beraksi minggu depan di Desert Mountain di Scottsdale, Arizona.

Pemenang Jelajah PGA empat kali membuat kemunculan ke 73 dengan jelajah 50 ke atas. Kejayaan itu adalah yang pertamanya dalam 292 pertandingan sejak pertandingan Jelajah PGA 2000 di Walt Disney World Resort.

“Saya merasa seperti apabila saya keluar sini, saya bermain dengan baik,” kata Waldorf mengenai Jelajah Juara-Juara. “Saya sedikit bergelut, tetapi ia meningkat sejak beberapa bulan. Saya mempunyai dua pusingan yang bagus. Minggu ini saya memiliki tiga.”