Wales bangkit benam Belgium

Wales bangkit benam Belgium

LILLE, Perancis, 3 Julai – Jurulatih pasukan Wales, Chris Coleman berkata perasaan menewaskan Belgium pada suku akhir Euro 2016 adalah “tidak dapat dibayangkan” ketika dia menegaskan pasukannya telah menunjukkan keupayaan menewaskan mana-mana pasukan lain.

Mereka ketinggalan menerusi jaringan awal Radja Nainggolan di Lille sebelum kembali bangkit dengan jaringan menerusi Ashley Williams, pemain terbaik dalam perlawanan itu, Hal Robson-Kanu dan Sam Voke untuk mencatatkan kemenangan 3-1 dan memberikan pertemuan menentang Portugal dalam separuh akhir.

“Kami mengimpikan malam seperti ini dan kami tidak pasti sama ada anda cukup bagus atau bernasib baik untuk terlibat dalam pengalaman seperti itu,’ kata Coleman selepas perlawanan.

“Jika anda cukup bernasib baik terlibat, ia adalah sukar dibayangkan.

“Anda perlu sedikit bakat tetapi perlu bekerja keras dan ia apa yang kami lakukan dan kami mendapati diri kami berada dalam kedudukan yang luar biasa.”

Robson-Kanu (kiri) bersama Gareth Bale meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang pasukan Belgium semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro 2016 antara Wales dan Belgium di Stadium Pierre-Mauroy di Villeneuve-d’Ascq berhampiran Lille. - AFP
Robson-Kanu (kiri) bersama Gareth Bale meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang pasukan Belgium semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro 2016 antara Wales dan Belgium di Stadium Pierre-Mauroy di Villeneuve-d’Ascq berhampiran Lille. – AFP

Wales adalah pemenang yang layak menentang pasukan Belgium yang berbakat dan kejayaan biarpun pemain bintang Gareth Bale tidak beraksi pada permainan terbaiknya pada perlawanan itu.

Coleman menambah: ‘Ia bukanlah seperti berkecai, kejutan dan kami hanya mendapatkan keputusan, kerana kami tidak. Kami menguasai perlawanan menentang Belgium bagi tempoh yang lama.

“Kami beraksi dengan baik dan apabila kami perlu bertahan, kami bertahan seperti tentera. Saya rasa persembahan kami adalah menarik dan saya rasa kami layak.”

Dalam perlawanan utama pertama mereka sejak Piala Dunia 1958, Wales sekarang memperbaiki persembahan pasukan, yang tewas kepada pemain Pele dari Brazil dalam suku akhir.

Ganjaran mereka adalah persaingan ke separuh akhir menentang Portugal yang dibintangi Cristiano Ronaldo di Lyon pada minggu depan dan Coleman menggesa pasukannya mengingatkan betapa jauhnya mereka melaluinya dalam jarak masa yang singkat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA