Wales benam Moldova 4-0

Wales benam Moldova 4-0

CARDIFF, United Kingdom, 6 Sept – Gareth Bale menjaringkan dua gol dan membantu menghasilkan satu lagi gol apabila pasukan sensasi Euro 2016 Wales membelasah Moldova 4-0 pada aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2018 di sini awal pagi tadi.

Penyerang Real Madrid itu melakukan hantaran kepada Sam Vokes untuk gol pembukaan pada minit ke-38 dan kemudian meledak dua gol selepas Joe Allen meraih gol sulungnya bersama Wales.

Wales kendalian Chris Coleman melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir Euro 2016 sebelum dikecewakan Portugal yang kemudian muncul juara buat kali pertama di kejuaraan itu.

Kali ini Wales memasang impian untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1958 di Sweden.

“Kami perlu bermula baik dalam perlawanan pertama,” kata Coleman. “Ia pasti menjadi sukar dan kami perlu bersabar dan berdisiplin, dan itulah yang kami lakukan.

Gareth Bale bersama rakan sepasukannya meraikan kemenangan mereka dalam perlawanan tersebut. – AFP
Gareth Bale bersama rakan sepasukannya meraikan kemenangan mereka dalam perlawanan tersebut. – AFP

“Kami cukup profesional dan penyokong-penyokong kami juga hebat. Pemain-pemain mengawal bola dan mampu menjaringkan lebih banyak gol.”

Kemenangan di Stadium Cardiff City meletakkan Wales di kedudukan terbaik dalam saingan Kumpulan D yang turut menampilkan Austria, Serbia, Republik Ireland serta Georgia.

Bale, 27, adalah penjaring kedua terbanyak dalam sejarah bola sepak Wales, empat gol ketinggalan di belakang bekas penyerang Liverpool Ian Rush.

“Kami tahu perlawanan ini begitu sukar,” ujar Bales ketika ditemu bual.

“Pasukan tersebut boleh menjadi sukar untuk ditembusi, namun kami meneliti dan berjaya melepasinya.

“Kami menikmati masa lalu, tapi ia sudah jadi sejarah dan kini sudah tiba untuk mencipta lebih banyak lagi.”

Pemain midfield Arsenal Aaron Ramsey terlepas perlawanan separuh akhir apabila Wales tewas ke atas Portugal dan kali ini dia terlepas lagi perlawanan menentang Moldova akibat kecederaan paha. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA