Wales kempunan tiga mata

Wales kempunan tiga mata

CARDIFF, 10 Okt – Wales tercicir dua mata berharga dalam kelayakan Piala Dunia 2018 apabila diikat 1-1 di halaman sendiri oleh Georgia di sini, awal pagi tadi.

Bintang Real Madrid, Gareth Bale menanduk masuk gol Wales pada minit ke-10 dan pasukan di separuh akhir Euro 2016 itu seharusnya menjaringkan lebih banyak gol pada babak pertama.

Georgia kembali bangkit selepas waktu rehat, menyamakan kedudukan menerusi tandukan Tornike Okriashvili pada minit ke-57 dan mereka hampir memenangi perlawanan namun percubaan Valeri Kazaishvili di saat-saat akhir, terkena palang.

“Ramai yang mungkin melihatnya sebagai tercicir dua mata tetapi ia mungkin satu mata diperoleh pada penghujung harinya, di babak kedua,” kata Coleman.

Aksi Bale ketika menentang pemain Georgia di Stadium Cardiff City kelmarin. Wales tercicir dua mata berharga dalam kelayakan Piala Dunia 2018 apabila diikat 1-1 di halaman sendiri oleh Georgia. – AFP
Aksi Bale ketika menentang pemain Georgia di Stadium Cardiff City kelmarin. Wales tercicir dua mata berharga dalam kelayakan Piala Dunia 2018 apabila diikat 1-1 di halaman sendiri oleh Georgia. – AFP

“Kami memulakan perlawanan dengan bagus tetapi kamu perlu menjaga keseluruhan permainan. Kami tidak melakukannya dan dihukum olehnya, kami cuba untuk bangkit tetapi ia sudah lewat manakala mereka (pihak lawan) mempunyai lebih keyakinan pada masa itu.

“Kami mungkin tewas di babak kedua tetapi kamu melayan kunjungan Georgia di halaman sendiri dan kamu perlu meraih tiga mata.

“Perlawanan seterusnya ialah berdepan Serbia di sini (12 November). Ia meletakkan lebih tekanan kepada kami untuk meraih tiga mata dan perlu mengharunginya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA