Wales ungguli Kumpulan B

Wales ungguli Kumpulan B

TOULOUSE, Perancis, 21 Jun (AFP) – Gareth Bale menjaringkan gol ketiganya dalam kejohanan Euro 2016 sekali gus membawa Wales mara ke kelompok 16 terakhir sebagai pemenang Kumpulan B dengan menewaskan Rusia 3-0, awal pagi tadi.

Jaringan separuh masa pertama menerusi Aaron Ramsey dan Neil Taylor membolehkan pasukan kendalian Chris Coleman berada dalam laluan mereka untuk kemenangan di Toulouse menentang pasukan Rusia.

Tetapi Bale adalah ancaman berterusan sepanjang malam dan menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan itu apabila menyepak bola yang menewaskan Igor Akinfeev menerusi kaki kanan pada separuh masa kedua ketika Rusia sudah tersingkir.

Pemain yang terakhir menjaringkan dalam kesemua tiga perlawanan kumpulan pada Kejohanan Eropah adalah Milan Baros dari Republik Czech dan Ruud van Nistelooy bagi pasukan Belanda, keduanya dihasilkan pada 2004.

Kemenangan itu dengan keputusan seri 0-0 di antara England dan Slovakia di saint-Etienne membolehkan Wales mengungguli pasukan itu dan mara ke kelompok 16 terakhir di Paris hujung minggu.

Pasukan Wales meraikan kemenangan mereka dalam aksi terakhir peringkat kumpulan B di stadium Municipal Toulouse, kelmarin. – AFP
Pasukan Wales meraikan kemenangan mereka dalam aksi terakhir peringkat kumpulan B di stadium Municipal Toulouse, kelmarin. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Persembahan luar biasa,” kata Ramsey, yang dinamakan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu.

Dalam perlawanan yang dilabelkan ‘berisiko tingi’ berikutan pergaduhan ganas di antara penyokong Rusia dan England di Marseille minggu lalu, ia adalah Wales yang memberikan kesemua drama pada malam perlawanan di Toulose.

Rusia perlu menang untuk berpeluang mara selepas hanya seri 1-1 dengan England dan kekalahan 2-1 kepada Slovakia menyaksikan mereka tercorot dalam Kumpulan B. Tetapi dengan kehadiran 2000 anggota polis di ‘La Ville Rose’ pasukan kendalian Leonid Slutsky berada dalam kedudukan menarik selepas permulaan pantas.

Selepas permulaan yang menarik menyaksikan Bale memaksa Akinfeev menyelamatkan kedudukan pada awal minit, ia adalah pemain midfield Arsenal, Ramsey yang meletakkan Wales di depan dan berlari pada minit ke-11.

Apabila hantaran bola Allen mendapatkan Bale di ruang ketika dia berada di kawasan tengah, bahagian kiri Rusia jelas terbuka bagi Taylor.

Usaha Bale untuk mendapatkan lantunan, tetapi Taylor menewaskan Akinfeev pada percubaan kedua selepas boleh melantun untuk menggandakan pendahuluan Wales pada minit ke-20. Ia adalah jaringan pertama pemain pertahanan, Taylor dalam tempoh lebih enam tahun.

Wales terus melakukan serangan dan mendapatkan gol ketiga mereka pada pertengahan separuh masa kedua melalui Gareth Bale.