Walkaton erat silaturahim

Walkaton erat silaturahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Sebagai usaha untuk mengeratkan silaturahim, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bersama Pengawasan Kejiranan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lambak Kiri, kelmarin, mengadakan walkaton yang bermula dan berakhir di Masjid STKRJ Lambak Kiri.

Acara yang disertai oleh ahli-ahli Pengawasan Kejiranan dan anggota Balai Polis Berakas itu turut dihadiri oleh Ketua Kampung STKRJ Lambak Kiri, Haji Hamdani bin Omar dan Pemangku Pegawai Penguasa Balai Polis Berakas, Penolong Penguasa Polis Percubaan, Pengiran Haji Mohammad Saiful Ariff bin Pengiran Haji Duraman.

Acara diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara pasukan polis, ahli Pengawasan Kejiranan dan juga penduduk kampung.

Gambar ramai sebahagian daripada peserta walkaton.
Gambar ramai sebahagian daripada peserta walkaton.

pg07_160208_c

ARTIKEL YANG SAMA