Walkaton Hari Guru dapat sambutan meriah

Walkaton Hari Guru dapat sambutan meriah

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Walkaton Sempena Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun, 2016 anjuran Kementerian Pendidikan mendapat sambutan meriah di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, hari ini.

Hadir bagi mengepalai perjalanan sejauh dua kilometer mengelilingi Pusat Bandar Seri Begawan yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Walkaton yang turut disertai guru-guru dan murid-murid sekolah rendah Kawasan Kluster 2 terutama dari Sekolah Rendah Mabohai itu dimulakan dengan senaman pemanasan badan yang dipimpin oleh Penolong Jurulatih, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Budiman bin Ambai.

Selepas menamatkan walkaton, para peserta telah bergilir-gilir menulis kata-kata ucapan selamat hari guru di papan ucapan penghargaan terima kasih cikgu di pentas Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom (dua kanan) turut serta dalam acara walkaton tersebut. – Gambar oleh Syahmi Hassan
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom (dua kanan) turut serta dalam acara walkaton tersebut. – Gambar oleh Syahmi Hassan
Guru dan murid Sekolah Rendah Mabohai yang turut memeriahkan Walkaton Hari Guru 2016.
Guru dan murid Sekolah Rendah Mabohai yang turut memeriahkan Walkaton Hari Guru 2016.

Di kesempatan itu, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman turut hadir secara mengejut dan membaca kata-kata ucapan yang tertulis di papan ucapan berkenaan.

Walkaton itu merupakan salah satu pengisian dalam inisiatif ‘Bandarku Ceria-Hari Bebas Kereta’ yang diperkenalkan bagi menghidupkan suasana Bandar Seri Begawan dengan menjadikan bandar sebagai kawasan bebas kereta setiap hari Ahad.

ARTIKEL YANG SAMA