Walkaton kembara kampung

Walkaton kembara kampung

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Sambutan Hari Ulang Tahun ke-3 Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar 2016 diteruskan lagi dengan aktiviti riadah walkaton anjuran Takmir MRSB, baru-baru ini.

Acara senamrobik, riadah dan rekreasi MRSB yang dipanggil ‘Mengembara Kampung’ itu telah dibuka rasmi oleh mantan Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Malik bin Haji Ali Ahmed selaku Penasihat AJK Takmir MRSB.

Acara yang dijalankan sejurus menunaikan Solat Fardu Subuh berjemaah berkenaan bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’ disusuli dengan bacaan Doa Selamat oleh Ketua Imam MRSB, Haji Symsul Nizam bin Haji Badar.

Senamrobik menyusul sebagai sesi pemanasan badan yang dipimpin oleh Penolong Penyelia Sukan dan Riadah MRSB, Pengiran Sulaiman bin Pengiran Haji Metali, sebelum semua yang hadir berjalan mengelilingi Kampung Sungai Akar.

Kalangan AJK Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah bersama ahli keluarga ketika memulakan Walkaton Sempena Ulang Tahun Ke-3 MRSB, Kg. Sungai Akar.
Kalangan AJK Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah bersama ahli keluarga ketika memulakan Walkaton Sempena Ulang Tahun Ke-3 MRSB, Kg. Sungai Akar.

‘Mengembara Kampung’ merupakan acara ketiga Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-3 MRSB selepas dua acara iaitu Doa Kesyukuran dan Ramah Mesra Aidilfitri pada 19 Julai dan kemudiannya Bertahlil di Kubah Makam Diraja pada 31 Julai lalu.

Aktiviti selanjutnya ialah Ceramah Subuh pada 12 Ogos, diikuti dengan acara saringan Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi masjid dan surau dalam Kawasan Zon 2B pada 20 Ogos dan peringkat akhir pertandingan yang sama pada 3 September nanti.

ARTIKEL YANG SAMA