Walkaton sempena 50 tahun SUAMPRIPAD

Walkaton sempena 50 tahun SUAMPRIPAD

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Hampir 500 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah, pegawai dan kakitangan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) telah menyertai walkaton yang diadakan bagi meraikan ulang tahun 50 tahun perletakan batu asas SUAMPRIPAD.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pelepasan acara walkaton itu, pagi tadi, ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof.

Terdahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat, diikuti dengan sesi senamrobik bagi pemanasan badan sebelum memulakan walkaton sejauh tiga kilometer yang bermula dan berakhir di sekolah tersebut.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz berjalan bersama orang ramai semasa menyertai acara walkaton kelmarin.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz berjalan bersama orang ramai semasa menyertai acara walkaton kelmarin.
Antara para pelajar yang menyertai walkaton itu.
Antara para pelajar yang menyertai walkaton itu.

Acara itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pelajar dan pensyarah, guru serta ahli kakitangan SUAMPRIPAD di samping memupuk gaya cara hidup sihat.

Antara acara sampingan yang turut diadakan termasuk pameran, mini bazar, cabutan bertuah, persembahan dan pameran pentadbiran, pencapaian akademik, aktiviti kokurikulum sekolah, kraf tangan dan masakan.

ARTIKEL YANG SAMA