Walker lanjutkan kontrak Spurs

Walker lanjutkan kontrak Spurs

LONDON, 23 Sept – Pemain pertahanan England Kyle Walker menjadi bintang terkini Tottenham menandatangani kontrak baru dengan kelab Liga Perdana itu, kata kelab itu hari ini.

Pemain bek kanan berusia 26 tahun itu mendandatangani perjanjian baru lima tahun untuk menyertai Christian Eriksen, Harry Winks, Tom Carroll, Eric Dier, Danny Rose dan Dele Alli dalam memanjangkan kariernya di White Hart Lane.

Walker, yang menyertai Spurs pada 2009 dan telah membuat 155 penampilan Liga Perdana untuk kelab London itu, kini mempunyai kontrak di White Hart Lane sehingga 2021.

Spurs telah mengumumkan beberapa siri kontrak baru bulan ini dan dijangka akan mengesahkan lebih banyak lagi dalam beberapa minggu akan datang dengan Jan Vertonghen dan Erik Lamela juga berbincang mengenai tawaran baru.

Walker telah membangunkan dirinya sebagai salah seorang pemain Tottenham paling konsisten di bawah Mauricio Pochettino dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang layak ke Liga Juara-Juara musim lalu.

Beliau telah membuat permulaan mantap untuk kempen kali ini dengan dua asis dalam lima perlawanan pembukaan Spurs dan membantu pemain Pochettino merekodkan tiga perlawanan tanpa bolos. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA