Wall tewaskan Pelican

Wall tewaskan Pelican

WASHINGTON, 24 Feb (AFP) – Washington Wizard tidak memberi peluang kepada bintang New Orelans Pelican, Anthony Davis untuk mendapatkan kemenangan yang sensasi dalam NBA semalam.

Pemain pertahanan Wizards, John Wall menghasilkan triple-double keduanya musim ini dan Washington mengetepikan Davis dalam kemenangan 109-89 ke atas Pelicans.

Dalam perlawanan pertama Davis sejak melepaskan 59 mata ke atas Detroit Pistons dalam kemenangan pada Ahad lalu, dia hanya bertahan kepada sembilan mata di atas tiga dari sembilan lontaran.

“Saya hanya memikirkan mereka cuba untuk mengetepikan saya, menghalang bola saya dengan banyak,” kata Davis.

“Mereka melakukan tugasan yang baik ke atasnya,” jurulatih Pelicans, Alvin Gentry yang menambah ke atas pertahanan Wizards ke atas Davis.

Aksi Wall (2) bersaing dengan pemain New Orleans Pelicans ketika dalam perlawanan pada separuh masa pertama di pusat Verizon. – Reuters
Aksi Wall (2) bersaing dengan pemain New Orleans Pelicans ketika dalam perlawanan pada separuh masa pertama di pusat Verizon. – Reuters

“Pemain tersebut mendapatkan 59, saya memastikan anda perancangan permainan baginya dalam perlawanan seterusnya.”

Dengan Davis menamatkan permainan, tidak seorang pun rakan sepasukannya mampu untuk bangkit. Tiada pemain Pelicans menjaringkan dua mata ketika jaringan New Orleans musim ini iaitu paling rendah 34.9 peratus.

Wall, sementara itu menamatkan dengan 16 mata, 12 rebounds dan 11 asis bagi Wizards, yang memenangi tiga dari empat permainan sejak rehat All-Star.

Washington menewaskan Pelicans 31-14 pada suku ketiga bagi pendahuluan 85-65, dan mendahului dengan 23 mata pada suku keempat.

Pemain tengah Wizards, Marcin Gortat mencatatkan 21 mata, dan pemain penyerang Jared Dudley menghasilkan enam three-pointer bagi 18 mata.

Usaha seterusnya adalah untuk meraih sebarang kemenangan di hujung gelanggang.

“Saya rasa kami keluar dan mendapatkan sebahagian penghalang defensif, menghalang mereka dari menjaringkan, dan (Dudley) beraksi cemerlang,” kata Wall.