Wallabies siap siaga kelayakan Olimpik

Wallabies siap siaga kelayakan Olimpik

SYDNEY, 9 Nov (Agensi) – Jurulatih Australia Tim Walsh sudah menyenaraikan 15 pemain untuk skuad ragbi tujuh sebelah termasuk winger Wallabies, Henry Speight bagi Kelayakan Olimpik Rantau Oceania di Auckland pada Sabtu dan Ahad depan.

Ed Jenkins akan menerajui pasukan berpengalaman itu, yang termasuk veteran Jesse Parahi dan Con Foley. Tom Cusack pula dipanggil selepas persembahan semula yang memberangsangkan baru-baru ini di Central Coast Sevens dan Cameron Clark selepas mengalami kecederaan ringan hamstring.

Pat McCutcheon, yang turut mengalami kecederaan hamstring, dan Nick Malouf, yang cedera di bahagian lutut, masih belum mampu beraksi.

Pemenang kejohanan lapan pasukan akan layak bagi Olimpik Rio de Janeiro tahun depan sementara pasukan di tempat kedua dan ketiga akan bersaing dalam kelayakan final kejohanan pada Jun.

New Zealand dan Fiji sudah pun layak ke Rio selepas meraih kedudukan empat teratas dalam tujuh IRB World Series.

Australia akan bersaing di Auckland menentang Samoa Amerika , Kepulauan Cook, Nauru, Papua New Guinea, Tonga, Kepulauan Solomon dan bekas juara ragbi tujuh sepasukan Samoa. Skuad Wallabies akan dikurangkan dari 15 kepada 12 orang pemain di Auckland pada Khamis ini.

“Kini masanya untuk memberikan yang terbaik,” kata Walsh. “Bagi kami, ia semuanya proses dan dijalankan di bawah tekanan kerana terdapat banyak pasukan lain yang menyasarkan mencapai impian Olimpik mereka,” jelasnya.