Walmart tutup 269 gedung

Walmart tutup 269 gedung

NEW YORK, 17 Jan – Gergasi peruncitan Amerika Syarikat (AS), Walmart mengumumkan menutup 269 gedung di dalam dan luar negara, terutama di Amerika Selatan.

Daripada jumlah berkenaan, 60 gedung yang akan ditutup adalah di Brazil, negara yang kini teruk terjejas dengan kemelesetan ekonomi.

Di AS, Walmart akan menutup gedung Walmart Express, kedai serbaneka yang mula diperkenalkan pada 2011.

Daripada keseluruhan 154 premis yang ditutup di AS, 102 adalah Walmart Express.

Mengikut syarikat itu, ia akan menumpukan kepada program pengukuhan gedung besar Walmart Supercenters dan Neighborhood Markets. – AFP

Gambar yang diambil pada 11 November 2015 menunjukkan para pembeli melihat tuala sambil berjalan melalui kedai Walmart di Secaucus, New Jersey. - Reuters
Gambar yang diambil pada 11 November 2015 menunjukkan para pembeli melihat tuala sambil berjalan melalui kedai Walmart di Secaucus, New Jersey. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA