Walters bantu Ireland mara ke Euro 2016

Walters bantu Ireland mara ke Euro 2016

DUBLIN, 17 Nov (AFP) – Ireland menempah tiket ke Euro 2016 setelah menang 2-0 ke atas Bosnia Herzegovina dalam perlawanan play-off kedua di Stadium Aviva, semalam.

Dua gol Ireland disumbangkan oleh Jonathan Walters, sekali gus menyaksikan pasukannya menang dengan agregat 3-1.

Berdasarkan statistik, Ireland dilihat tidak banyak menyerang. Menurut UEFA, pasukan ini cuma menguasai 36 peratus permainan dan melancarkan 30 serangan berbahaya berbanding Bosnia yang melakukan 46 serangan berbahaya.

Namun, Ireland yang bertindak sebagai tuan rumah tampil lebih efektif. Mereka hanya melepaskan dua tendangan ke arah gawang lawan, tetapi berjaya menghasilkan gol.

Gol pertama dicipta menerusi sepakan penalti pada minit ke-24. Pengadil menghadiahkan penalti selepas tindakan Senad Lulic yang menyentuh bola dengan tangan.

Pemain Bosnia, Emir Spahic (tengah) memberi reaksi selepas Ireland diberikan sepakan pelanti pada perlawanan play-off pusingan kedua Euro 2016 di Dublin pada 16 November 2015. – Agensi
Pemain Bosnia, Emir Spahic (tengah) memberi reaksi selepas Ireland diberikan sepakan pelanti pada perlawanan play-off pusingan kedua Euro 2016 di Dublin pada 16 November 2015. – Agensi

Jonathan Walters menggalas tugas dengan menyempurnakan tendangan bola ke sebelah kanan Asmir Begovic. Sepuluh minit kemudian Bosnia cuba mendapatkan gol penyamaan. Miralem Pjanic melepaskan umpan dan disambut oleh Edin Dzeko, tetapi bola melambung. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel tamat separuh masa pertama ditiup.

Pasukan tetamu terus tertekan masuk babak kedua untuk mendapatkan gol penyamaan. Sebaliknya melalui tendangan bebas, Robbie Brady membawa bola ke kotak penalti pada minit ke-70. Percubaan kurang sempurna Ognjen Vranjes untuk menghalang bola membuka peluang untuk Walters sekali lagi membolosi gawang Bosnia.

Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat. Dengan keputusan ini, Ireland mempertahankan rekod tidak pernah kalah di kandang sendiri sejak September 2013.

ARTIKEL YANG SAMA