Wang kertas 500, 1,000 rupee tidak lagi sah – PM India

Wang kertas 500, 1,000 rupee tidak lagi sah – PM India

NEW DELHI, 9 Nov – Mesin tunai kehabisan dan saham merosot di India hari ini selepas Perdana Menteri Narendra Modi mengarahkan pengeluaran wang kertas 500 dan 1,000 rupee daripada pengedaran dalam kempen dramatik ke atas pengelakan pembayaran cukai.

Dalam ucapan yang disiarkan kepada negara lewat semalam, perdana menteri India mengumumkan wang kertas tidak lagi sah mulai tengah malam demi “mematahkan cengkaman rasuah dan wang gelap.”

Kerajaan merancang mencetak wang kertas 500 dan 2,000 rupee baru, yang akan dikeluarkan pada akhir minggu.

Sampel wang kertas 500 dan 2,000 rupee INR yang baru dipaparkan di Reserve Bank of India (RBI) yang beribu pejabat di Mumbai kelmarin. – AFP
Sampel wang kertas 500 dan 2,000 rupee INR yang baru dipaparkan di Reserve Bank of India (RBI) yang beribu pejabat di Mumbai kelmarin. – AFP

Semua bank dan mesin tunai diarahkan ditutup pada hari ini dalam persediaan untuk pengeluaran tersebut, sekali gus mencetuskan usaha lewat malam oleh pelanggan untuk mengeluarkan wang kertas lebih kecil daripada ATM.

Pelanggan boleh menukar wang kertas lama mereka dengan wang kertas baru atau menyimpan mereka dalam akaun mereka namun menghadapi prospek pengawasan ketat oleh pihak berkuasa percukaian jika mereka tidak dapat menjelaskan pertambahan mendadak dalam baki mereka. – AFP