Wang kertas baru Australia cetus pelbagai reaksi

Wang kertas baru Australia cetus pelbagai reaksi

SYDNEY, 12 April (AFP) – Ia mungkin wang kertas dolar Australia yang kurang denominasi, akan tetapi reka bentuknya yang baru bagi wang tunai Aus$5 telah menarik kritikan yang besar apabila ianya diumumkan hari ini, dengan pengkritik memanggilnya ‘hodoh’ dan ’seperti muntah’.

Wang kertas tersebut, mempunyai corak bunga Prickly Moses Wattle yang berwarna kuning dan burung asli Eastern Spinebill yang berwarna-warni.

Tetapi pengkritik – daripada pengguna media sosial hinggalah pencinta burung – dengan cepat meluahkan rasa tidak senang mereka. “Wang kertas $5 baru kami kelihatan seperti muntah,” kata seorang pengguna yang menulis di halaman Twitternya.

Sesetengah mempersoalkan tentang potret yang sama Queen Elizabeth II pada wang kertas baharu tersebut, yang mana gambar tersebut telah diambil dan dibuat oleh bank pusat pada tahun 1984, dan bukannya imej terbaru pemimpin negara Australia.

Gambar yang disediakan oleh Reserve Bank of Australia kelmarin menunjukkan wang kertas dolar Australia $5 yang baru. – Xinhua
Gambar yang disediakan oleh Reserve Bank of Australia kelmarin menunjukkan wang kertas dolar Australia $5 yang baru. – Xinhua

Wang kertas tersbut juga telah menaikkan kemarahan pencinta burung. Burung Eastern Spinebills – yang ditemui di pantai timur Australia – mempunyai mata merah, kepala hitam, sayap dan ekor yang berwarna kelabu, leher berwarna putih, dan bahagian bawahnya yang berwarna perang berangan. Tetapi wang kertas terbaru itu memberinya warna kebiruan pada bahagian bawahnya dengan biru cerah, kuning, ungu dan merah jambu pada sayapnya.

Seorang pengguna Twitter cuba memberi sokongan bagi nota baru tersebut, dengan mengatakan dalam tweeternya: “Saya suka wang kertas Australia $5 yang baru. Bagi mereka yang tidak menyukainya, jangan ragu untuk menyerahkannya kepada saya #altruistic..” Wang kertas tersebut diperkenalkan bagi menandakan ulang tahun ke-50 bagi penukaran negara kepada mata wang perpuluhan.

ARTIKEL YANG SAMA