Wang syarikat $18,281 lesap

Wang syarikat $18,281 lesap

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Dis – Seorang anggota pengawal keselamatan G4S dihadapkan ke Mahkamah Majistret, kelmarin, atas pertuduhan pecah amanah.

Tiada pengakuan diambil daripada Haji Abdul Aris bin Haji Ismail, 35, yang berdepan dakwaan pecah amanah bagi wang berjumlah $18,281.

Tertuduh diamanahkan oleh syarikatnya untuk membawa wang $60,841 di mana $18,281 didapati hilang ketika kenderaan G4S yang dinaiki tertuduh melalui Jalan Jerudong-Tungku, antara Hua Ho Tanjung Bunut dan Giant Rimba pada 6 Disember kira-kira jam 8 malam.

pg06_151221_mahkamah logo2

Timbalan Pendakwa Raya, Aiman Adri bin Ahmad Zakaria memohon kepada mahkamah untuk memberi lebih masa kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan, dan ini termasuk memeriksa akaun bank tertuduh.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menetapkan 23 Disember untuk sebutan semula, dan mengarahkan tertuduh untuk ditahan reman bagi membantu siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA