Wang tunai RM35,000 milik KWAPM dilarikan

Wang tunai RM35,000 milik KWAPM dilarikan

SARIKEI, 7 Okt – Wang tunai Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah lebih RM35,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank di sini lesap dalam kejadian pecah kereta semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei Supt Mat Jusoh Muhammad berkata wang tersebut dikeluarkan oleh seorang guru berusia 50-an dari sebuah sekolah menengah dalam daerah Julau dekat sini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA