Wanita akan terbangkan jet pengebom pertama kalinya

Wanita akan terbangkan jet pengebom pertama kalinya

BEIJING, 20 April (Xinhua) – Juruterbang wanita akan menerbangkan pesawat pengebom FBC-1 Pasukan Udara China buat pertama kalinya, menurut akhbar Harian PLA hari ini.

Jet pejuang FBC-1 yang juga dikenali sebagai Flying Leopard itu telah dihasilkan dan dikilangkan sendiri oleh Syarikat Industri Pesawat Udara Xi’an di barat laut China.

Pesawat udara itu mengandungi dua kabin dengan kabin hadapan menempatkan kokpit sementara kabin belakang mengawal senjata.

Sehingga kini, kokpit itu hanya dihuni oleh juruterbang lelaki. Pasukan udara bagi Pembebasan Tentera Rakyat telah memutuskan untuk mengubahsuai kokpit jet itu bagi kemudahan yang lebih selesa untuk juruterbang wanita.

Pasukan Udara kini melatih wanita untuk menerbangkan jet-jet di pangkalan udara di timur laut China. Juruterbang juga akan melakukan latihan penerbangan formasi malam bagi misi perang masa hadapan.

ARTIKEL YANG SAMA