Wanita bangsa Iban pilih Islam

Wanita bangsa Iban pilih Islam

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 7 Ogos – Seorang wanita berbangsa Iban telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam majlis pengislaman yang diadakan di Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait di sini.

Dengan majlis pengislaman itu, Sarian anak Saoh, 25, kini dikenali sebagai Dayang Nur Zahra Sya’rina binti Abdullah.

Majlis pengislamannya telah dihadiri oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu, dengan acaranya telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baru yang diraikan.

Unit Dakwah Daerah Belait telah mencatatkan seramai 74 orang saudara baru sejak Januari hingga Julai tahun ini, manakala itu, tahun lalu mencatatkan seramai 96 orang.

Haji Roslan ketika menyampaikan cenderahati kepada saudara baru, Dayang Nur Zahra Sya’rina.
Haji Roslan ketika menyampaikan cenderahati kepada saudara baru, Dayang Nur Zahra Sya’rina.

Daripada jumlah tersebut, enam orang telah memeluk Islam pada bulan Januari, manakala 12 pada Februari, Mac seramai 10 orang, jumlah tertinggi dicatatkan pada April seramai 26 orang, kemudian pada Jun seramai tujuh orang dan Julai seramai 11 orang, manakala, bagi Ogos setakat ini mencatat dua orang saudara baru.

Catatan jumlah tertinggi yang memeluk ugama Islam di Daerah Belait ialah daripada bangsa Iban seramai 26 orang diikuti Puak Dusun seramai 21 orang, Cina 14 orang, Filipina tujuh orang, Murut seorang dan lain warga seramai lima orang.

 

ARTIKEL YANG SAMA