Wanita cedera, 8 rumah musnah

Wanita cedera, 8 rumah musnah

SANDAKAN, 14 Sept – Seorang wanita berusia 55 tahun cedera dalam kebakaran memusnahkan lapan rumah di Kampung Contoh Jalan Cemeteri dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata lima lagi rumah berjaya diselamatkan dari musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu.

1Katanya wanita itu cedera ringan di kaki dan tengkuk terkena api ketika menyelamatkan diri keluar daripada rumahnya.

Wanita itu diberi rawatan oleh pihak ambulans di tempat kejadian, katanya yang mengetuai operasi memadamkan api itu.

Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 2.36 petang dan 16 anggota bomba menggunakan empat jentera serta sebuah kenderaan utiliti terlibat dalam operasi memadamkan api. – Bernama