Wanita Cina t...

Wanita Cina terima hidayah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Wanita berbangsa Cina berusia 32 tahun, Fan Lai Fong hari ini memilih nama Nursyazwana Virasyaqilah binti Abdullah Fan sebagai nama Islamnya setelah beliau melafazkan dua kalimah syahadah di majlis pengislamannya yang berlangsung di Kampung Menglait, Gadong, di sini.

Majlis diadakan di rumah kediaman Awang Hilmi bin Haji Suhaili di hadapan sanak saudara dan sahabat handainya.

Acara diteruskan dengan bacaan Dikir Marhaban dan acara menabur bunga rampai diikuti dengan penyampaian cenderahati dan doa selamat di akhir majlis.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA