Wanita Cuba pertama disyaki dijangkiti kes Zika

Wanita Cuba pertama disyaki dijangkiti kes Zika

HAVANA, 16 Mac (AFP) – Seorang wanita muda Havana adalah orang pertama yang diketahui telah dijangkiti virus Zika di Cuba, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Wanita itu, 21, telah dimasukkan ke hospital walaupun dia setakat ini belum menunjukkan simptom berkenaan, kata kementerian kesihatan.

Sejauh ini, lima orang telah didiagnosis dijangkiti dengan virus itu di Cuba. Pesakit lain dijangkiti Zika di Venezuela.

Virus Zika bawaan nyamuk biasanya mengakibatkan simptom sederhana dalam orang dewasa, dengan demam, sakit kepala dan sakit sendi.

Penularannya yang pantas itu mencetuskan kewaspadaan akibat kaitannya dengan mikrosefali, kecacatan teruk dalam otak anak damit, dan Guillain-Barre, keadaan luar biasa dalam sistem imun badan yang menyerang sebahagian sistem saraf yang mengawal keupayaan otot.

Pada masa ini tidak ada vaksin bagi virus Zika, dan negara-negara yang terjejas sedang menumpu untuk menghapuskan bilangan nyamuk dalam usahanya untuk mengekang penularan virus itu.

Brazil telah dilanda teruk oleh letusan Zika, dengan kira-kira 1.5 juta orang dijangkiti dan 745 disahkan kes mikrosefali dalam kanak-kanak yang lahir daripada wanita yang dijangkiti virus itu semasa mengandung.