Wanita didakwa buang anak ditahan reman

Wanita didakwa buang anak ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Kes seorang wanita warga Indonesia yang menghadapi pertuduhan membuang anak damitnya yang baru lahir akan didengar di Mahkamah Perantaraan.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membenarkan kes dipindahkan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin membuat permohonan itu.

Tertuduh bernama Marsina, 21, dipercayai ibu kepada anak damit lelaki yang ditemui di belakang sebuah rumah di RPN Kampung Mengkubau pada 9 November.

Dia menghadapi tuduhan membuang anak damit lelakinya di rumah kosong tersebut dan didakwa di bawah Seksyen 317 Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh sudah dibenarkan keluar dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan siasatan ke atasnya juga sudah selesai dijalankan.

Ketua Majistret memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman di Penjara Jerudong dan tarikh sebutan seterusnya akan ditetapkan kemudian.

ARTIKEL YANG SAMA