Wanita didenda $3,000

Wanita didenda $3,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhi denda $3,000 ke atas seorang wanita tempatan kerana memiliki set Astro yang tidak diisytiharkan.

pg06_160627_mahkamah logo2

Nur Saferiah binti Sabtu, 29, mengaku bersalah memiliki 24 set Astro ketika pemeriksaan dijalankan ke atas keretanya oleh pegawai kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah, pada 26 April 2016.

Dia mengakui bahawa kesemua set Astro itu adalah miliknya dan dibeli di Limbang.

ARTIKEL YANG SAMA