Wanita digigit ular di hidung, terima pampasan

Wanita digigit ular di hidung, terima pampasan

BANGKOK, 11 Jan (dpa) – Seorang pelancong wanita yang telah digigit ular semasa pameran ular di selatan Thailand akan menerima pampasan, menurut penganjur hari ini.

Pelancong Cina berusia 29 tahun itu akan menerima 135,000 baht (AS$3,700) selepas hidungnya digigit oleh seekor ular sawa tidak berbisa semasa satu pameran di pulau peranginan Phuket.

“Kami telah menyelesaikan masalah ini dan pelancong berkenaan telah pulang ke negara asalnya,” kata Nisakorn Siriwat, seorang jurucakap bagi Institut Bioteknologi Phuket, yang menganjurkan pameran tersebut.

Insiden berlaku ketika pelancong tunduk untuk mencium ular berkenaan, yang telah dipegang oleh pelatih, tiba-tiba ia terus menyambar dan menerkam ke arah wajahnya.

Wanita berkenaan telah dihantar ke hospital tempatan dan dikatakan menerima sebanyak lima jahitan.

“Pada masa akan datang, kami tidak lagi akan membenarkan mana-mana pelancong untuk bermain atau menyentuh haiwan-haiwan tersebut untuk mengelak insiden seperti itu daripada berlaku,” kata Nisakorn.

ARTIKEL YANG SAMA