Wanita ditahan bawa 2.6kg kokain

Wanita ditahan bawa 2.6kg kokain

PHNOM PENH, Kemboja, 31 Mac (NNN) – Seorang wanita warga Thailand ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh kerana membawa kira-kira 2.6 kilogram kokain yang dibuat seperti bungkusan gula-gula dalam tin coklat, lapor agensi berita China, Xinhua, yang memetik laporan daripada pejabat kastam lapangan terbang yang dikeluarkan kepada media pada hari hari ini.

Perempuan yang tiba di Phnom Penh melalui Penerbangan Qatar QR970, penerbangan dari Doha lewat petang kelmarin, kata laporan itu, sambil menambah bahawa dia bersama dengan dadah yang disita itu, telah diserahkan kepada Jabatan Anti Dadah bagi tindakan undang-undang.

Kemboja tidak memperuntukkan hukuman mati keatas pengedar dadah, di bawah undang-undang mereka, iaitu seseorang yang memperdagangkan lebih daripada 80 gram dadah akan menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

Negara Asia Tenggara menyaksikan peningkatan mendadak dalam tangkapan dadah pada tahun 2015.

ARTIKEL YANG SAMA