Wanita Dusun dapat hidayah

Wanita Dusun dapat hidayah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Seorang wanita berbangsa Dusun memilih agama Islam sebagai agama anutannya setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini.

Majlis Pengislaman Dayang Bunga binti Kelahi yang memilih nama Islamnya sebagai Dayang Wardah binti Muizzuddin telah diadakan di Rumah Kegiatan Agama, Kampung Bebuloh, Jalan Wasan Limau Manis. Hadir pada majlis itu ialah tetamu kehormat, Pemangku Penolong Pengarah PDI, Haji Abdul Aziz bin Abdul Kahar.

Dayang Wardah ketika ditemu bual berkata, tumbuhnya rasa cinta dan rindu akan agama Islam apabila beliau sering menonton rancangan-rancangan berbentuk keagamaan di kaca televisyen seperti An-Nuur dan banyak lagi.

Dayang Wardah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai dari Unit Pengislaman dan Pengembangan, Pusat Dakwah Islamiah.
Dayang Wardah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai dari Unit Pengislaman dan Pengembangan, Pusat Dakwah Islamiah.

ARTIKEL YANG SAMA