Wanita Dusun terima hidayah

Wanita Dusun terima hidayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Nov – Seorang wanita berbangsa Dusun, WPC 5625 Rosimartinah binti Kugi hari ini telah memeluk agama Islam dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Kampung Pengkalan Tangsi Lamunin, Daerah Tutong.

Beliau memilih nama Islamnya sebagai Dayang Rosimartinah binti Abdullah Kugi.

Majlis pengislaman tersebut telah disempurnakan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyaksikan majlis pengislaman tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Kawalan Lalulintas, Penguasa Kanan Polis, Pengiran Zaidi bin Pengiran Haji Metali yang juga selaku Pengerusi Badan Ugama Islam, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama isteri, Dayang Suriani binti Haji Mohd Said.

WPC 5625 Rosimartinah telah memeluk agama Islam dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah, kelmarin.
WPC 5625 Rosimartinah telah memeluk agama Islam dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah, kelmarin.

Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan daripada Badan Ugama Islam, PPDB kepada saudara baru yang disampaikan oleh isteri pengerusi Badan Ugama Islam, PPDB.

Majlis juga diserikan dengan Dikir Marhaban dan taburan bunga rampai.

Menurut WPC 5625 Rosimartinah ketika ditemu bual, beliau mula meminati agama Islam sejak dari kecil lagi dan telah mula mempelajari sejak dari bangku sekolah. Minatnya terhadap Islam lebih mendalam lagi setelah mempunyai kawan yang beragama Islam dari kecil hingga ke dewasa.

Beliau juga berharap selepas memasuki agama Islam, beliau akan dapat mendalami lagi tentang agama Islam dengan mengikuti kursus-kursus yang dikelolakan oleh Pusat Dakwah Islamiah.

ARTIKEL YANG SAMA