Wanita Filipina kena 6 bulan, tinggal lebih tempoh

Wanita Filipina kena 6 bulan, tinggal lebih tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Gara-gara mempercayai ejen yang dapat membantunya melanjutkan pas lawatan, seorang wanita Filipina dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain turut memerintahkan Mary Jean Bermudez Andres yang mengaku bersalah untuk membayar denda $800 atau berdepan tambahan sebulan penjara.

Fakta kes menyebut, defendan ditahan di rumah sewanya di Kampung Kianggeh pada 11 Ogos 2015 kira-kira jam 2:16 pagi oleh sepasukan penguat kuasa imigresen yang menjalankan serbuan di rumah tersebut, dan defendan ketika itu gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan.

pg06_150815_mahkamah logo2

Siasatan lanjut mendapati defendan memasuki negara ini pada 29 Disember 2011 di mana pas lawatannya hanya sah sehingga 12 Januari 2012.

Defendan memberitahu dia telah menyerahkan pasportnya kepada seorang lelaki dengan nama ‘Haji Roy’ yang didakwanya bertanggungjawab untuk melanjutkan tempoh pas lawatannya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Emily Goh.

ARTIKEL YANG SAMA