Wanita Filipina kena denda

Wanita Filipina kena denda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $528 ke atas seorang wanita Filipina bagi kesalahan memiliki minuman keras.

Abalajen Judith, 66, didakwa memiliki 12 tin minuman keras dan empat botol arak ketika ditahan di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah pada 9 Jun 2015 kira-kira pukul 11:05 pagi.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid turut mengarahkan tertuduh untuk dipenjara selama dua minggu jika gagal membayar denda.

ARTIKEL YANG SAMA