Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Wanita Filipina lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Seorang wanita berbangsa Filipina telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman di sebuah rumah di Kampung Mata-Mata, Mukim Gadong, hari ini.

    Jenefer Caliboso Damias, 30, telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nur Amirah Zaya Damias binti Abdullah.

    Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan majlis penuh keberkatan itu ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Pada majlis itu, tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan dan diserikan dengan laungan Dikir Marhaban serta bacaan Doa Selamat.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Haji Ruslan bin Haji Sulaiman.

    Sejak Januari hingga Jun lalu, seramai 192 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 33 orang adalah daripada bangsa Filipina.

    Nur Amirah Zaya Damias semasa melafazkan ikrar pengislamannya. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Haji Abdul Rajid menyampaikan cenderahati kepada sudara baharu yang diraikan. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...