Wanita Filipina lafaz dua kalimah syahadah

Wanita Filipina lafaz dua kalimah syahadah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 12 Mei – Agama Islam terus berkembang di negara ini apabila seorang warga Filipina memilih Islam sebagai pegangan hidupnya yang baru dan melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman di Dewan Serba guna Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait, di sini, hari ini.

Gloria Aludo Balalilhi, 43, yang telah memilih nama Islamnya sebagai Ani Athirah binti Abdullah Balalilhi memberitahu, beliau memilih Islam setelah tertarik dengan ajarannya, melalui pembacaan buku sebelum ini selain pergaulan dengan rakan-rakan beragama Islam.

Dengan pengislaman berkenaan, Daerah Belait kini telah mencatatkan seramai 54 orang saudara baru yang memeluk Islam sejak Januari hingga April tahun ini.

Manakala itu, baru-baru ini, Daerah Belait turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki berbangsa Iban, Reymond Hazim anak Boran yang kini dikenali sebagai Awang Muhammad Ammar Hazim bin Abdullah Boran dalam majlis yang juga berlangsung di Dewan Serba guna Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait.