Wanita Filipina temui hidayah hidup

Wanita Filipina temui hidayah hidup

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Hasrat seorang warga Filipina berusia 70 tahun untuk memilih Islam sebagai agama yang sebenar termakbul apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Pengislaman, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Daerah Brunei dan Muara di sebuah kediaman di Kampung Junjongan, Jalan Limau Manis, hari ini.

Rosita Damingo Yap yang memilih nama Islamnya sebagai Dayang Aishah binti Abdullah Yap memberitahu Media Permata bahawa beliau memilih Islam kerana percaya Islam adalah agama yang sebenar dan pengaruh kehidupan beragama Islam telah menarik minatnya untuk mempelajari lebih mendalam mengenai agama ini.

Beliau juga melahirkan perasaan amat teruja untuk mempelajari agama Islam dan pada masa ini menanti waktu bagi mengikuti kursus yang akan dikendalikan oleh PDI untuk saudara-saudara baru.

Dayang Aishah melafazkan ikrar Dua Kalimah Syahadah.
Dayang Aishah melafazkan ikrar Dua Kalimah Syahadah.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan lafaz Dua Kalimah Syahadah dan seterusnya diserikan dengan Dikir Marhaban serta penyampaian cenderahati.

Sepanjang tahun lalu, seramai 515 orang telah memeluk agama Islam, dan setakat Mac bagi tahun ini, seramai 127 orang telah memeluk Islam di seluruh negara dengan 56 orang daripadanya di Daerah Brunei dan Muara.

Manakala catatan keramaian yang memeluk agama Islam bagi seluruh Negara Brunei Darussalam bermula bulan Januari hingga Mac 2016 adalah seramai 127, di mana 56 orang daripadanya adalah di Daerah Brunei dan Muara.

ARTIKEL YANG SAMA