Wanita gagal isytihar borang import didenda $6,000

Wanita gagal isytihar borang import didenda $6,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Seorang wanita tempatan telah dikenakan denda $6,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam, atas kesalahan gagal untuk mengisytiharkan borang import untuk barang yang tidak dikenakan cukai.

Nur Ezzati binti Haji Husaini, 24, yang bekerja sebagai penyelaras perolehan di Syarikat Haji Idris Kalong Sdn Bhd didakwa gagal mengisytiharkan borang import bagi 2,000 keping papan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Jun 2015 kira-kira pukul 5:05 petang di kawasan pondok keselamatan kastam, Muara.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memberi tempoh seminggu kepada tertuduh untuk membayar denda atau berdepan empat bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA