Wanita Indonesia terlepas hukuman penjara

Wanita Indonesia terlepas hukuman penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Seorang wanita warga Indonesia terlepas dari menjalani hukuman penjara selama tiga bulan selepas membayar denda $2,000 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Novi Apriyani, 20, mengaku bersalah memiliki 57 paket rokok, pada 3 Mei 2016 di sebuah kedai di Jalan Cator.

pg06_160510_mahkamah logo2

Pegawai Pencegah Kastam yang membuat pemeriksaan ke kedai tersebut menemui rokok-rokok itu disembunyikan dalam tong sampah dan bahagian bawah rak.

Defendan mengaku membeli rokok tersebut daripada seorang lelaki yang tidak dikenalinya pada harga $100 yang mana rokok itu kemudian akan dijual semula kepada orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA