Wanita Jepun maut dilanggar pemandu main Pokemon Go

Wanita Jepun maut dilanggar pemandu main Pokemon Go

TOKYO, 24 Ogos – Seorang pemandu lelaki yang dipercayai bermain Pokemon Go apabila dia dilanggar dan membunuh seorang wanita di Jepun telah ditangkap, kata polis hari ini.

Menurut media, insiden kelmarin itu menandakan kemalangan kenderaan maut pertama Jepun yang melibatkan aplikasi permainan popular itu.

Keiji Gooh, seorang petani berusia 39 tahun, dipercayai melanggar dua wanita pada malam Selasa di sebatang jalan di bandar Tokushima, barat Jepun, ketika dia bermain aplikasi tersebut semasa memandu, kata jurucakap polis.

Salah seorang wanita itu, berusia 72 tahun, meninggal dunia, sementara yang seorang, 60, cedera parah, menurut jurucakap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA