Wanita jual anak damit ditahan

Wanita jual anak damit ditahan

JOHANNESBURG, 16 Okt (Reuters) – Polis Afrika Selatan telah menahan seorang wanita yang cuba menjual anak damit di Internet dengan harga $380 dan akan mengenakan beliau atas kesalahan bagi penyeludupan manusia di mahkamah hari ini, menurut unit khas jenayah itu.

Wanita berusia 20 tahun itu ditahan dalam operasi samaran berikutan hasil maklumat daripada orang ramai bahawa anak damit itu dijual di laman web Gumtree itu, menurut pihak polis. Beliau dikenakan atas kesalahan itu di Mahkamah Majistret Pietermaritzburg.

‘Kami cuba untuk memastikan asal usul bayi ini dan apa niat sebenarnya wanita tersebut.’

ARTIKEL YANG SAMA