Wanita kritikal dirempuh jentolak

Wanita kritikal dirempuh jentolak

HANOI, 10 Julai (AFP) – Seorang wanita berada dalam keadaan kritikal selepas dirempuh oleh jentolak hari ini, semasa bantahan berhubung pampasan tanah di utara Vietnam yang bertukar menjadi ganas, menurut media kerajaan.

Rakaman dramatik itu telah dimuat turun ke dalam YouTube, menunjukkan badan wanita itu tersepit di bawah trek jentolak semasa bantahan ke atas taman industri di wilayah Hai Duong, kira-kira 60km tenggara Hanoi.

“Mangsa yang dalam keadaan yang kritikal segera dibawa ke hospital wilayah Hai Duong,” menurut laman web kerajaan, Giadinh.net.

Wanita itu dikenal pasti sebagai Le Thi Cham, merupakan kumpulan petani yang membantah ‘kadar pampasan rendah’ yang ditawarkan bagi tanah rampasan untuk dijadikan zon industri Cam Dien, kata akhbar Thanh Nien.

ARTIKEL YANG SAMA