Wanita lahirkan anak ketika tidur

Wanita lahirkan anak ketika tidur

BIRMINGHAM, Britain, 24 Dis (Agensi) – Seorang wanita di sini melahirkan anaknya dalam keadaan tidur akibat penyakit tidur kronik dialaminya.

Masalah itu dihadapi oleh Jody Robson, 24, yang menghidap sindrom Kleine Levin atau lebih dikenali sebagai Sleeping Beauty.

Jody memberitahu, ketika melahirkan anak lelakinya, Harley, dia tertidur sepanjang proses bersalin dan hanya tersedar selepas dua minggu.

Sebaik sahaja tersedar, dia mendapati perutnya sudah kembali normal sehinggakan suaminya, Steven, 29, terpaksa memperkenalkan anak mereka kepada Jody.

“Adalah sangat menyedihkan kerana saya langsung tidak mengingati proses kelahiran Harley yang sepatutnya menjadi detik penting dalam keluarga kami,” ujar Jody yang turut melahirkan anak keduanya, Riley semasa tidur.

Penyakit Jody menyebabkan dia sering tidur sehingga 11 hari selain memerlukan satu tempoh masa untuk kembali normal selepas bangun dan mengingati kembali orang di sekelilingnya.