Wanita Malaysia ditahan bawa kokain di Vietnam

Wanita Malaysia ditahan bawa kokain di Vietnam

HANOI, 5 Nov (Agensi) – Vietnam telah menahan seorang wanita Malaysia kerana menyeludup kokain, demikian menurut media negeri semalam, satu jenayah yang boleh dijatuhi hukuman mati di negara komunis itu.

Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, ditangkap bersama lima kilogram kokain di lapangan terbang antarabangsa Bandar Ho Chi Minh pada malam Selasa, menurut akhbar Tuoi Tre.

Dia telah berkunjung ke Colombia, Panama, Brazil dan Dubai sebelum mendarat di Vietnam di mana pihak berkuasa mengesan dadah serbuk dalam bagasinya, lapor akhbar.

Di bawah beberapa undang-undang dadah paling keras di dunia, sesiapa yang didapati bersalah memiliki lebih daripada 600 gram heroin atau kokain boleh menghadapi hukuman mati di Vietnam.

Berpuluh warga asing telah dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan dadah tetapi telah pun berdekad sejak seorang warga asing telah dihukum mati di negara itu.

Pada September, seorang wanita Australia berasal dari Vietnam dipenjarakan selama 20 tahun kerana cuba menyeludup heroin dalam seluar dalamnya.

Pada tahun lalu, seorang lelaki dan wanita Filipina dijatuhi hukuman mati kerana menyeludup 11 paun kokain ke dalam negara.

ARTIKEL YANG SAMA